Lokman Adam ditahan atas intimidasi jenayah

Lokman Adam ditahan atas intimidasi jenayah

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu turut disiasat di bawah 2 akta lain.

Lokman Adam merayu seorang peguam dihantar ke Bukit Aman selepas ditahan malam tadi.
PETALING JAYA:
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Lokman Adam ditahan polis malam tadi.

Beliau menerusi catatan Facebook malam tadi merayu seorang peguam dihantar ke Bukit Aman.

“Saya ditahan di bawah Seksyen 506 (Kanun Keseksaan).”

Difahamkan, Lokman turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana menghina.

Difahamkan, kesalahan yang didakwa itu ada kaitan catatan Lokman di media sosial semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.