Lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah kerugian, mungkin tutup kedai, kata Anwar

Lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah kerugian, mungkin tutup kedai, kata Anwar

Ketua Pembangkang berkata penutupan sekolah hingga hujung tahun menyebabkan pengusaha kantin tidak mampu membiayai kos operasi harian

Keputusan kerajaan menutup semua sekolah hingga akhir tahun mungkin memaksa pengusaha kantin tutup kedai kerana tidak mampu membiayai kos operasi harian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah berkemungkinan tutup kedai kerana kerugian akibat keputusan Kementerian Pendidikan menangguhkan sesi persekolahan hingga akhir tahun ini.

Ketua Pembangkang itu menggesa Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin memberikan penjelasan dan cadangan untuk membantu mereka yang terkesan akibat penutupan sekolah di seluruh negara sejak Isnin lalu.

Kementerian Pendidikan bertindak demikian susulan peningkatan kes mendadak Covid-19 di seluruh negara.

Anwar berkata langkah kerajaan itu mungkin memaksa pengusaha kantin sekolah menutup terus perniagaan kerana menanggung kerugian terlampau tinggi sehingga tidak mampu membiayai kos operasi harian.

“Saya menggesa kerajaan, khususnya menteri pendidikan, memberikan penjelasan segera dan menyatakan tindakan yang akan diambil untuk membantu golongan ini,” kata Anwar di Dewan Rakyat.

“Saya juga menggesa kerajaan memberikan pengusaha kantin sekolah geran bantuan dan melanjutkan kontrak perkhidmatan mereka,” tambah Anwar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.