
Beliau turut menggesa lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang dibenarkan menyertai jawatankuasa berkenaan kerana bilangan mereka hampir dua kali ganda berbanding penyokong kerajaan.
Teo yang juga bekas timbalan menteri pendidikan berkata, hanya ada dua Ahli Parlimen pembangkang dalam setiap jawatankuasa berkenaan ketika ini, dan ia tidak adil memandangkan bilangan penyokong kerajaan lebih kecil.
“Saya harap speaker boleh mempertimbangkan permohonan ini kerana dalam pandangan saya ini adalah satu permintaan yang sangat munasabah. Kalau kita bolehlah tambah anggota dalam jawatankuasa pilihan khas ini kepada sembilan orang, maksudnya sekurang-kurangnya kita boleh izinkan tiga hampirlah empat orang wakil pembangkang duduk dalam setiap jawatankuasa.
“Ada jawatankuasa di mana memang ramai Ahli Parlimen yang berminat, seperti isu pendidikan, kesaksamarataan jantina dan banyak isu lagi. Jadi, kalau seseorang Ahli Parlimen berniat untuk memberi pandangan mereka dan juga terlibat dalam jawatankuasa khas tersebut, mengapa kita tak beri peluang kepada mereka?
“Janganlah kita hadkan jumlah anggota dalam jawatankuasa pilihan khas ini kepada tujuh orang sahaja. Biarlah kita tambahkan anggota jawatankuasa pilihan khas ini kepada sekurang-kurangnya sembilan orang. Kalau nak tambah kepada 10 atau 11 orang, saya rasa pun tak ada masalah,” katanya pada media di Parlimen hari ini.
Teo juga berkata, negara seperti UK dan New Zealand membenarkan lebih 10 ahli menyertai jawatankuasa khas manakala Kanada membenarkan sehingga 15 ahli.
Ketika ini, terdapat sembilan jawatankuasa khas melibatkan kebebasan asasi dan hak bawah perlembagaan, sains dan inovasi, kewangan dan ekonomi, agensi bawah Jabatan Perdana Menteri, pembangunan dan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, serta hal ehwal wanita, kanak-kanak dan pembangunan sosial.