
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 953 kes penularan tempatan manakala bakinya kes import.
“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 277 kes, diikuti Sabah (203 kes) dan Kuala Lumpur (129 kes),” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Beliau berkata, ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 76,265 kes manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,748 kes.
Ketika ini, terdapat 127 kes positif sedang dirawat di ICU, yang mana 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 5 kes kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 393 kes.
“Kes kematian ke-389 hingga ke-393 dilaporkan di Kuala Lumpur, Sabah dan Johor berumur antara 60 tahun hingga 82 tahun,” katanya.