
FMT difahamkan, Santiago dipanggil untuk dirakam kenyataan berkait sebuah forum mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Forum itu, yang dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), berlangsung pada 25 November tahun lalu.
Ia disusuli penahahan 12 lelaki pada Oktober 2019 bawah SOSMA kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Forum itu sebahagian daripada desakan SUARAM untuk memansuhkan SOSMA, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.
Santiago salah seorang penceramah dalam forum itu.
Terdahulu, dilaporkan Bukit Aman memanggil Pengarah Eksekutif SUARAM Sevan Doraisamy berhubung forum sama.
Beliau disoal kira-kira satu jam oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas.