
Ia akan dibuka semula esok untuk transaksi Zon Bebas dan Dagangan Berbahaya.
Pengurus Besarnya, K Subramaniam menerusi kenyataan berkata, transaksi tidak akan terganggu susulan penutupan itu memandangkan semuanya dikendalikan sistem dalam talian mereka.
Penyerahan dokumen secara fizikal bagaimanapun ditangguhkan sehingga pejabat dibuka semula untuk perniagaan esok.
Selaras garis panduan Kementerian Kesihatan, semua kakitangan yang menjadi kontak rapat kepada kes positif akan menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri di rumah, serta pengesanan kontak giat dijalankan.
“PKA ingin menegaskan kembali komitmen kami untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan kami dan pengguna pelabuhan.
“Kami akan terus berwaspada dalam usaha kami untuk mencegah penularan virus COVID-19 sambil memastikan sektor pelabuhan dan logistik terus beroperasi dengan gangguan minimum terhadap rantaian bekalan.”
Kakitangan pertama PKA disahkan positif pada 29 Dis lalu dan kes kedua didapati positif semalam.