Warga Shah Alam, Klang, Petaling bersedia hadapi gangguan air!

Warga Shah Alam, Klang, Petaling bersedia hadapi gangguan air!

Kerja pengalihan dan penyambungan paip merangkumi 22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
PETALING JAYA:
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meminta pengguna di Shah Alam, Klang dan Petaling bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air berjadual pada 12 hingga 14 Jan susulan kerja pengalihan dan penyambungan paip baru di Persiaran Selangor, Shah Alam.

Dalam kenyataan, Air Selangor berkata kerja itu merangkumi 22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.

Katanya, pelaksanaan kerja itu akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum. Malah katanya, penambahbaikan infrastruktur paip itu juga sebahagian usaha Air Selangor untuk menjamin keselesaan pengguna di masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari www.airselangor.com atau merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor, aplikasi dan saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi pusat perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.