Dr Ali aktif program dakwah, bantu masyarakat, kata NGO

Dr Ali aktif program dakwah, bantu masyarakat, kata NGO

Selain menjadi barisan hadapan ketika pandemik Covid-19, Dr Ali Noor Hassan sebelum itu aktif dalam program dakwah dan terlibat dalam membantu masyarakat.

Dr Ali Noor Hassan seorang pegawai perubatan KKM yang amat disenangi rakan sekerja, pesakit, dan masyarakat setempat.
PETALING JAYA:
Badan bukan kerajaan (NGO) Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menyifatkan kematian petugas barisan hadapan, Dr Ali Noor Hassan, semalam, kehilangan besar buat negara.

Pengerusi Eksekutif SPJM Muhammad Rafie Zainal berkata, selain menjadi barisan hadapan ketika pandemik Covid-19, Ali sebelum itu aktif dalam program dakwah dan terlibat dalam membantu masyarakat.

Rafie berkata, beliau mengenali Ali yang menjadi ahli berdaftar SPJM sejak 2018 ketika kursus pengurusan jenazah SPJM di Surau Quba, Sentul.

Katanya, ketika itu Ali menyertai kursus berkenaan kerana mahu berbakti kepada ibunya yang menghidap kanser.

“Ali seorang anak yang baik, sanggup mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga ibunya yang sakit sehinggalah ibunya meninggal,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi ke atas kematian Ali bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga.

Noor Hisham berkata, Ali seorang pegawai perubatan KKM yang amat disenangi rakan sekerja, pesakit, dan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Rafie berkata secara peribadi beliau mengenali Ali yang juga seorang merendah diri dan banyak terlibat program dakwah.

“Saya sedih kehilangan orang yang suka membantu masyarakat setempat. Beliau merupakan harapan besar untuk masyarakat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.