
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mengalami masalah kesihatan.
Dalam sebuah video pendek selama enam saat yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Mahathir berkata: “Hari Sabtu 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah.”
Beliau turut memuat naik kenyataan: ‘Saya sihat, alhamdulillah =)’ sebagai kapsyen pada video itu.
Baru-baru ini terdapat maklumat yang tersebar di laman media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Mahathir tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas.