16 tahanan lokap Balai Polis Mantin positif Covid-19

16 tahanan lokap Balai Polis Mantin positif Covid-19

Semua tahanan merupakan kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang positif wabak itu selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

Tahanan terbabit akan dipindahkan Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan kawalan keselamatan polis.
SEREMBAN:
Seramai 16 tahanan lokap Balai Polis Mantin, Nilai disahkan positif Covid-19 semalam, selepas menjalani saringan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mereka merupakan kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang positif wabak itu selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

“Mereka akan dipindahkan Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan kawalan keselamatan polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, 31 anggota ibu pejabat polis daerah (IPD) Nilai yang dikenal pasti menjadi kontak rapat tahanan berkenaan juga sudah disaring dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

Katanya, balai polis dan bangunan pentadbiran IPD Nilai juga disanitasi dan beroperasi seperti biasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.