Rahman Dahlan pengerusi baharu lembaga UMS

Rahman Dahlan pengerusi baharu lembaga UMS

Bekas menteri persekutuan itu akan menerima surat pelantikannya daripada gabenor Sabah dalam masa terdekat.

Hajiji Noor (kiri) bercakap dengan Abdul Rahman Dahlan (tengah) dan Taufiq Yap di Kota Kinabalu hari ini. (Gambar Pejabat Ketua Menteri)
KOTA KINABALU:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan, dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelantikan itu diumumkan dalam kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Menurut kenyataan itu, bekas menteri persekutuan itu dan Naib Canselor UMS, Taufiq Yap Yun Hin, membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Hajiji Noor, yang juga salah seorang daripada dua pro-canselor UMS.

Seorang lagi pro-canselor universiti itu adalah Pengerusi Arab-Malaysian Banking Group, Azman Hashim.

Dalam pertemuan itu, Rahman memaklumkan kepada Hajiji bahawa beliau akan menerima surat pelantikannya daripada Gabenor Juhar Mahiruddin dalam masa terdekat.

Beliau dan Taufiq memberi penerangan kepada Hajiji mengenai perkembangan semasa dan cabaran yang dihadapi UMS.

Ini termasuk perumahan pelajar dan status bangunan UMS Smart Hospital yang tertangguh kerana wabak Covid-19.

Rahman juga menyampaikan minat universiti itu untuk bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah sebagai penasihatnya dalam bidang sains dan teknologi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.