13 lagi kluster dikesan, 10 berkait tempat kerja

13 lagi kluster dikesan, 10 berkait tempat kerja

Kluster dikesan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu, dan KL.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 13 kluster baharu Covid-19 membabitkan enam negeri dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster dikesan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, dan Terengganu.

Ia melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi:

  • Kluster Jalan Bursa (Petaling dan Klang) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Kepong (Kuala Selangor) dengan 23 kes
  • Kluster Jalan Tiga Belas (Petaling dan Kuala Selangor) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Cheras (Hulu Langat) dengan 24 kes
  • Kluster Jalan Tropicana (Petaling) dengan 25 kes
  • Kluster Jalan Senai Utama (Kulai) dengan 131 kes
  • Kluster Jalan Jinjang (Kepong ) dengan 12 kes
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara (Timur Laut Pulau Pinang) dengan 14 kes
  • Kluster Jalan Baru (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara) dengan 22 kes
  • Kluster Guntong Dalam ( Setiu dan Besut ) dengan 43 kes
  • Kluster Pengkalan Teras (Besut) dengan 29 kes
  • Kluster Teknologi Lot Enam (Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah) dengan 24 kes
  • Kluster Tembok Tapah (Batang Padang) dengan 64 kes

Kluster yang berkaitan tempat kerja adalah Kluster Jalan Kepong, Jalan Topicana, Jalan Bursa, Jalan Tiga Belas, Jalan Baru, Tapak Bina Persiaran Mutiara, Jalan Jinjang, Jalan Senai Utama, Teknologi Lot Enam dan Guntong Dalam.

Manakala, jangkitan komuniti melibatkan Kluster Pengkalan Teras, Kluster Tembok Tapah melibatkan pusat tahanan, dan Kluster Jalan Cheras pula membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah kluster setakat 15 Feb adalah 996 dengan 489 aktif, dengan 68 kluster melaporkan kes jangkitan baharu.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Jalan Senai Utama melibatkan daerah Kulai, Johor (131 kes), Kluster Tanjung Suria (68 kes) dan Kluster Tembok Bendera (40 kes),” katanya.

Sementara itu, lapan kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.