Bekalan pertama vaksin Covid-19 tiba di Sabah Khamis

Bekalan pertama vaksin Covid-19 tiba di Sabah Khamis

Vaksin itu akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan disambut oleh ketua menteri.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata beliau akan menyambut ketibaan vaksin Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, Sabah akan menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, Khamis ini.

Dalam kenyataan ringkas, Hajiji berkata vaksin itu akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan disambut sendiri oleh beliau.

“Ia sebagai tanda yang amat penting dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kejayaannya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.