
“Saya akan menyokong undang-undang anti-lompat parti. Ia seiring kata hati saya. Tetapi, saya mengulangi wakil rakyat bebas mempunyai hak memilih untuk kekal atau menyertai mana-mana parti. Ini kerana mandat mereka ketika dipilih tidak terikat kepada mana-mana parti,” katanya kepada FMT.
Sng ditanya jika beliau akan menyokong sebarang undang-undang anti-pembelotan bagi mengelakkan ketidakstabilan kerajaan kerana pilihan raya kelak akan menyebabkan majoriti tipis, seperti yang dilihat di dalam negara tahun lalu.
Sng, yang memenangi kerusi Julau atas tiket calon bebas sebelum menyertai PKR di Sarawak, dan Ahli Parlimen Tebrau, Stephen Choong meninggalkan parti itu serta menyuarakan sokongan mereka untuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen bebas Ahad lalu.
Mengenai dakwaan jutaan ringgit terbabit dalam tindakan melompat parti baru-baru ini, Ahli Parlimen itu menegaskan beliau secara peribadi dan kewangan tidak mendapat manfaat daripada keputusannya meninggalkan PKR, serta tidak kisah pelbagai tuduhan mengenai langkah itu.
“Apa yang saya boleh katakan ialah saya tidak mendapat keuntungan secara peribadi daripada peletakan jawatan itu. Langkah saya hanya memanfaatkan pengundi saya.
“Hati nurani saya jelas. Saya berkhidmat untuk rakyat di Julau dan tidak berminat untuk berpolitik secara berterusan. Kerajaan memerlukan bantuan untuk memerangi pandemik ini. Rakyat perlu didahulukan.”
Beliau ditanya sama ada komen kasar di media sosial yang menyifatkan tindakannya sebagai khianat, dan jutaan ringgit terbabit dalam menarik dua Ahli Parlimen itu, adalah wajar.
Apabila diberitahu ramai ahli politik mendapati ia adalah contoh tidak baik untuk menjadikan kekurangan dana membangunkan kawasan kerana beliau berada di blok pembangkang sebagai alasan, Sng berkata, ahli politik dari Semenanjung dan kawasan bandar tidak tahu cabaran yang dihadapi penduduk di Julau.
“Mereka boleh cakap apa yang mereka mahu. Kawasan saya paling miskin dalam negara ini. Pengkritik ini tidak tahu apa yang rakyat di Julau perlu lalui. Jadi, ia tidak adil untuk menilai.”