9 daripada 11 kluster baharu Covid-19 babitkan tempat kerja

9 daripada 11 kluster baharu Covid-19 babitkan tempat kerja

Lima kluster baharu itu dikesan di Selangor dan masing-masing satu di Johor, Kelantan, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Terdapat 487 kluster aktif dengan 74 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengenal pasti 11 kluster baharu, dengan sembilan membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu ialah kumpulan berisiko tinggi serta komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima kluster itu dikesan di Selangor dan selebihnya masing-masing satu di Johor, Kelantan, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

  • Kluster Jalan Perubatan (Hulu Langat) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Utarid (Kuala Langat dan Petaling) dengan 16 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan MP (Petaling) dengan 12 kes
  • Kluster Balakong Satu (Hulu Langat) dengan 10 kes
  • Kluster Jalan Anak Gasing (Petaling) dengan 20 kes
  • Kluster Jalan DBP Lima (Johor Bahru) 32 kes
  • Kluster Jalan Sikamat Lama (Seremban) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan PKNK 1/6 (Kuala Muda) dengan 29 kes
  • Kluster Kampung Gedang (Alor Gajah, Melaka Tengah, Petalign dan Johor Bahru) dengan 35 kes
  • Kluster Sri Jelutung (Pekan) dengan 30 kes
  • Kluster Jalan Bachok (Bachok dan Pasir Puteh) dengan 14 kes.

Hisham berkata, sebanyak 1,163 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 487 kluster aktif dan 74 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 13 kluster yang tamat hari ini ialah Jalan Timah Dua, Usaha, Bukit Sekubong, Jalan Kinabenua, Tapak Bina Presint Tujuh, Jalan Sejahtera, Jalan Sulaman, Jalan Menerung, Tapak Bina Sri Petaling, Jalan Keluli, Kebor Air, Jalan Rantau-Siliau dan Seri Lanang, ini menjadikan 676 kluster berakhir setakat ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Batu Empat (198 kes), Jalan Pelabuhan (128 kes) dan Jalan DPB Lima (32 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.