Covid-19: SK Bukit Jenun di Pendang ditutup sementara

Covid-19: SK Bukit Jenun di Pendang ditutup sementara

Sekolah itu ditutup sementara untuk proses sanitasi, selain mengesan kontak rapat.

Pengarah Kesihatan Kedah Mohd Fikri Ujang berkata, SK Bukit Jenun ditutup sehingga ujian calitan kontak rapat di diperolehi dan Jabatan Kesihatan Negeri membuat keputusan penutupan itu boleh ditamatkan. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR:
Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jenun dekat Pendang ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan kes Covid-19 di sekolah itu.

Pengarah Kesihatan Kedah Mohd Fikri Ujang berkata, sekolah itu ditutup sementara bagi proses sanitasi, selain mengesan kontak rapat untuk proses pengambilan ujian calitan.

“Sekolah akan ditutup sehingga ujian calitan kontak rapat di sekolah diperoleh dan Jabatan Kesihatan Negeri akan membuat keputusan sama ada penutupan sekolah itu boleh ditamatkan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai notis perintah tutup premis yang dilekatkan di sekolah itu bahawa penutupannya bermula 2.30 petang semalam adalah bagi tujuan proses sanitasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.