
Katanya, ia susulan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di daerah berkenaan termasuk 71 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Keningau setakat ini 2,062.
Terdahulu, Masidi berkata sebanyak 102 kes baharu dicatatkan di Sabah hari ini dan daripada 71 kes dicatatkan di Keningau, 42 membabitkan Kampung Lingkudau yang kini bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
“Selain Tawau (10 kes), daerah lain masing-masing mencatatkan jumlah satu angka dan 16 daerah lagi tiada kes baharu,” katanya dalam taklimat harian kes Covid-19 di Sabah.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan PKPD dilaksanakan di Kampung Lingkudau bermula 15 hingga 28 Mac.
Katanya, ia susulan peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.