11 daripada 13 kluster baharu Covid-19 berkaitan tempat kerja

11 daripada 13 kluster baharu Covid-19 berkaitan tempat kerja

Kluster baharu itu dikesan di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kelantan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengenal pasti 13 lagi kluster baharu Covid-19, dengan 11 daripadanya berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kelantan.

  • Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere (Petaling) dengan 22 kes
  • Kluster Tapak Bina Sungai Emas (Kuala Langat) dengan 65 kes
  • Kluster Lebuh Raya Kampung Jawa (Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan) dengan 92 kes
  • Kluster Persiaran Cassia Selatan (Seberang Perai Selatan, Kerian, Larut, Matang dan Selama) dengan 66 kes.
  • Kluster Taman Brick (Johor Bahru dan Pontian) dengan 24 kes.
  • Kluster Jalan Gemilang Sukan (Johor Bahru) dengan 12 kes.
  • Kluster Jalan Sungai Chat (Johor Bahru) dengan 9 kes.
  • Kluster Paya Bemban (Kota Bharu, Tumpat dan Bachok) dengan 30 kes.
  • Kluster Sawit Sebrang (Lahad Datu) dengan sembilan kes.
  • Kluster Kolam Lintas (Penampang dan Putatan) dengan tujuh kes.
  • Kluster Lorong Desa Senadin (Miri dan Mukah) dengan 30 kes.
  • Kluster Batu Gong (Serian) dengan 50 kes.
  • Kluster Pengkalan Nangka Tumpat (Tumpat) dengan 20 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,335 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 393 kluster aktif dan 61 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, 14 kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Cyber Sembilan, Kluster Jalan Bayam, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan DPB Tiga, Kluster Mediacity, Kluster Lorong Bersatu Damai, Kluster Bukit Angkasa, Kluster Jalan Cyber 14, Kluster Hikmah Muadzam, Kluster Simpang Tiga Muar, Kluster Jalan Mega Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Jalan Rumbia Dua.

Ini menjadikan 942 kluster sudah berakhir sehingga kini.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (50 kes) dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (33 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.