Ia menjadikan kes pulih 323,925 daripada keseluruhan 339,443 jangkitan Covid-19 dengan 1,249 kematian direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,269 kes aktif dengan 70 daripada 161 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 1,243 penularan tempatan.
Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 978 warganegara dan 265 warga asing.
Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 478 kes.
Ia diikuti Sarawak (213), Pulau Pinang (137) Johor (120), Kuala Lumpur (86), Kelantan (86), Sabah (51), Perak (28), Kedah (27), Melaka (19), Negeri Sembilan (12), Pahang (6), Labuan (5), Terengganu (3), Putrajaya (2) dan Perlis (2).
Satu kes kematian dilaporkan di Selangor.