Mekanik maut dihempap bas dibaiki

Mekanik maut dihempap bas dibaiki

Bas itu dipercayai mengalami kerosakan pada alat tambahan yang digunakan untuk menyokong penyerap kejutan bagi menstabilkannya.

Mangsa dikenali sebagai Hermang Amir, 33, didapati tersepit di bawah bas yang dibaikinya itu sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
PETALING JAYA:
Seorang mekanik maut selepas dihempap bas persiaran yang dibaikinya di bengkel kenderaan di Pandamaran, Klang, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman, berkata dalam kejadian 8.31 malam itu, mangsa dikenali sebagai Hermang Amir, 33, didapati tersepit di bawah bas itu.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kemalangan dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bas itu dipercayai mengalami kerosakan pada ‘air balloon shock absorber’ (alat tambahan menyokong penyerap kejutan untuk membuat bas lebih stabil) yang bocor menyebabkan bas menghempap mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.