
Hamid berkata demikian ketika ditanya siapa yang akan menjadi timbalan KPN apabila penggantinya Acryl Sani Abdullah menggalas tugas baharu, ketika sidang media di Bukit Aman hari ini.
Kata beliau, tiga pengarah paling kanan yang sesuai untuk jawatan itu adalah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Ramli Din dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain.
“Mereka yang paling senior. Terpulang kepada perdana menteri.
“Saya tahu ada yang mahu Ayob dinaikkan pangkat, tetapi kalau tak silap, beliau akan mengambil alih JSJ.
“Itu yang kami cadangkan supaya beliau dapat meneruskan usahanya membendung jenayah di negara ini. Beliau memang contoh yang baik.
“Semua orang menyokongnya. Orang memang menyukainya.
“Dan cara beliau tebar roti canai,” kata Hamid disambut ketawa pihak media.
Kontrak Hamid sebagai KPN tamat Isnin depan, dan Acryl Sani akan mengambil alih jawatan itu.