Khidmat Hamid patut dilanjut, kata Dr M

Khidmat Hamid patut dilanjut, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata bekas KPN itu sepatutnya diberi lebih masa untuk membersihkan pasukan polis.

Dr Mahathir Mohamad melantik Abdul Hamid Bador sebagai KPN pada 2019. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Abdul Hamid Bador sepatutnya kekal memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sehingga darurat berakhir, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata dia telah melantik Hamid sebagai pegawai tertinggi dalam pasukan polis negara pada 2019 selepas menyedari beliau menolak untuk bekerja di Jabatan Perdana Menteri, susulan kritikan beliau berhubung siasatan 1MDB pada 2015.

“Itulah sebabnya ketika saya menjadi perdana menteri, saya memilihnya, kerana dia memiliki prinsip dan berusaha membersihkan pasukan polis,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Dia berkata, biasanya seseorang itu memerlukan lima atau enam tahun untuk membersihkan pasukan tersebut sepenuhnya, sambil menambah kontrak dua tahun Hamid sepatutnya dilanjutkan.

Bagaimanapun, katanya, beliau bangga kerana dalam tempoh perkhidmatan yang singkat itu, Hamid berjaya mengenal pasti beberapa pegawai polis yang mengamalkan rasuah, walaupun beliau yakin masih ramai lagi pegawai atasan yang terlibat.

Hamid mendakwa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mencampuri urusan polis dan “mahukan lebih kuasa” untuk menentukan di mana pegawai polis tertentu perlu ditempatkan.

Menurut Mahathir, dia tidak pernah campur tangan dalam pelantikan jawatan polis semasa menjadi perdana menteri kerana yakin pasukan itu melakukan tugas dengan baik.

Katanya, dia menerima siapa sahaja yang dilantik oleh Suruhanjaya Pasukan Polis dan mengemukakan nama mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.