
Beliau berkata, angka itu didapati menerusi ujian Covid-19 yang dibuat sepanjang 8 Mei hingga semalam di Kajang, Semenyih, Sungai Ramal, Balakong, Teratai, Dusun Tua, Pandan Indah dan Lembah Jaya.
“Sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri, warga Selangor diingatkan agar mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita berkemungkinan menjadi pembawa virus yang tidak aktif atau ‘silent carrier’, dan ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan dan nyawa mereka di sekeliling kita, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas,” katanya dalam kenyataan.
Amirudin berkata, saringan komuniti Covid-19 akan dijalankan berterusan.
Tambah beliau, rakyat Selangor disaran menghadiri program saringan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
“Muat turun aplikasi SELangkah, tekan butang ‘Sihat’ dan pilih ‘Pendaftaran Saringan Daftar’,” katanya.