Empat puluh empat kematian itu adalah rekod tertinggi berbanding 39 kematian yang dicatatkan 12 Mei lalu.
Ini menjadikan 422,329 daripada keseluruhan 466,330 pesakit Covid-19 sudah pulih, sementara 1,866 orang pula meninggal dunia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 42,135 kes aktif, dengan 250 daripada 482 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes baharu itu, sembilan ialah kes import dan 4,131 kes penularan tempatan membabitkan 3,728 warganegara dan 403 warga asing.
Katanya, Selangor mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 1,507 kes.
Ia disusuli Johor (433), Kuala Lumpur (398), Pulau Pinang (338), Sarawak (324), Kedah (239), Negeri Sembilan (190), Perak (182), Terengganu (119), Pahang (116), Kelantan (109), Melaka (97), Sabah (60), Putrajaya (23), Labuan (3) dan Perlis (2).
Beliau berkata, 26 kematian dilaporkan di Selangor, lima di Kelantan, empat di Sarawak, masing-masing tiga di di Kedah dan Johor, dua di Kuala Lumpur serta satu lagi di Negeri Sembilan.
Daripada 44 kematian itu, katanya, 43 ialah warganegara dan seorang lagi warga asing yang berusia 48 hingga 92 tahun.
Semua kecuali dua orang mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia dan buah pinggang kronik.