
MITI menerusi kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang grafik senarai sektor yang dimaksudkan.
Kementerian itu, sebaliknya berkata senarai sedemikian akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Orang ramai dinasihati merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi kementerian/jabatan/agensi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari semasa ke semasa.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.
Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).