Lebih 80,000 hadir saringan percuma Covid-19 Selangor

Lebih 80,000 hadir saringan percuma Covid-19 Selangor

Daripada jumlah itu, 3,055 membabitkan 3.77% individu berkemungkinan positif Covid-19.

Kerajaan Selangor melaksanakan Saringan Komuniti Bersasar kepada rakyat negeri itu secara percuma bermula 8 Mei sehingga 10 Jun di setiap kawasan DUN. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 80,981 penduduk di Selangor telah disaring Covid-19 secara percuma, iaitu melebihi sasaran awal ditetapkan 50,000, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Daripada jumlah itu, 3,055 membabitkan 3.77% individu berkemungkinan Positif Covid-19.

“Inisiatif ini akan diteruskan ke Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam,” katanya menerusi Twitter.

Kerajaan Selangor melaksanakan Saringan Komuniti Bersasar kepada rakyat negeri itu secara percuma bermula 8 Mei sehingga 10 Jun di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sasaran dua DUN dalam sehari.

Inisiatif itu dilakukan memandangkan kebanyakan warga negeri itu yang tidak bergejala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.