Saya tutup ‘pintu depan’ sebab nak pulang, kata Ismail Sabri

Saya tutup ‘pintu depan’ sebab nak pulang, kata Ismail Sabri

Ismail berkata demikian ketika membuat penjelasan hantaran Facebooknya semalam yang menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Muat naik Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob, di Facebook semalam menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya
KUALA LUMPUR:
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa hantarannya di Facebook dengan gambar beliau menutup pintu pejabatnya dengan emoticon menangis semalam hanyalah tanda beliau hendak pulang ke rumah selepas selesai tugasan harian.

“Itu sebab saya hendak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu,” katanya ketika menjelaskan berhubung hantaran di Facebooknya itu dalam sidang media secara maya sempena pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Hantaran melalui Facebook itu melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.

Ia menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.