‘Ayah stabil di IJN’, anak Hadi mohon semua pihak doakan bapanya, buat solat hajat

‘Ayah stabil di IJN’, anak Hadi mohon semua pihak doakan bapanya, buat solat hajat

Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata bapanya sedang menerima rawatan susulan di IJN dan dalam pemantauan doktor.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
PETALING JAYA:
Anak kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mengesahkan bapanya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) namun menafikan berada dalam keadaan kritikal seperti didakwa.

Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan dengan pemantauan doktor.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau juga memohon semua pihak mendoakan kesembuhan pemimpin PAS itu dan mengadakan solat hajat supaya diberikan kesembuhan segera.

Sebelum ini, tular mesej yang mengatakan Hadi dimasukkan ke ICU kerana tidak sedarkan diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.