Program vaksinasi bergerak rumah jagaan warga emas, OKU bermula Selasa ini

Program vaksinasi bergerak rumah jagaan warga emas, OKU bermula Selasa ini

Sebanyak 68 pusat jagaan OKU dan 1,893 penghuni serta penjaga akan terlibat menerusi program ini.

Amirudin berkata program vaksinasi itu ditawarkan kepada pusat jagaan kerajaan (Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat jagaan berlesen (di bawah Akta 506 dan Akta 586) serta pusat jagaan swasta tidak berlesen.
SHAH ALAM:
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bermula Selasa ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi hantaran di Twitter berkata sebanyak 16 pasukan bergerak akan menjalankan program tersebut bagi memastikan golongan itu tidak tertinggal dalam menerima vaksin.

Menurut beliau program berkenaan ditawarkan kepada pusat jagaan kerajaan (Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat jagaan berlesen (di bawah Akta 506 dan Akta 586) serta pusat jagaan swasta tidak berlesen.

Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

“Ia melibatkan sebanyak 68 pusat jagaan OKU dan 1,893 penghuni serta penjaga bersetuju menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program ini,” katanya hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.