
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 15 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan, beliau berkata 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja, satu kluster komuniti dan selebihnya ada kaitan dengan institusi pendidikan.
Kluster dikesan di Selangor, Sabah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Johor, Kedah dan Putrajaya.

Perincian 15 kluster baharu yang dikenal pasti adalah seperti berikut.
- Kluster Camar Lapan (Kuala Langat) dengan lapan kes
- Kluster Perusahaan Dua Batu Caves (Gombak) dengan 12 kes
- Kluster Alam Jaya Dua (Kuala Selangor dan Gombak) dengan 62 kes
- Kluster Sungai Rasau 27 (Klang, Petaling, dan Kuala Langat) dengan 35 kes
- Kluster Industri Balakong Tujuh (Hulu Langat, Petaling, dan Gombak) dengan 36 kes
- Kluster Jalan Keluli Sembilan (Johor Bahru) dengan 14 kes
- Kluster Dah Mengkudu (Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, dan Yan) dengan 39 kes
- Kluster Industri Medan Tasek (Kinta) dengan 19 kes
- Kluster Jalan Wisma (Kota Kinabalu) dengan tujuh kes
- Kluster Lot Sembilan (Kuala Penyu dan Beaufort) dengan 24 kes
- Kluster Gong Mengkeleh (Pasir Puteh) dengan 20 kes
- Kluster Putra Sembilan (Putrajaya dan Sepang) dengan 10 kes
- Kluster Kampung Huda (Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, dan Tumpat ) dengan 24 kes
- Kluster Industri Teluk Kalong (Kemaman) dengan 103 kes
- Kluster Lorong Perusahaan 8A (Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah, dan Seberang Prai Selatan) dengan 34 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 2,400 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 734 daripadanya kluster aktif dan 1,666 lagi sudah tamat.