Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 64,523 kes aktif dan 886 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 441 memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 691,115, manakala kes sembuh pula 6,918 dengan 622,244 jumlah kumulatif.
Sementara itu, sebanyak 72 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,348.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,111 kes.
Ia disusuli Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (498), Perak (245), Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Penang (167), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56) dan Putrajaya (3).
Perlis tidak mencatatkan kes baharu hari ini.
Noor Hisham berkata, 72 kes kematian melibatkan 23 di Selangor, (15) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, (tujuh) di Negeri Sembilan, (enam) di Pahang, masing-masing (lima) di Johor dan Sarawak.
Selain itu, katanya masing-masing tiga kes di Wilayah Persekutuan Labuan, (dua) di Kelantan dan Pulau Pinang, serta (satu) di Sabah, Perak, Melaka dan Kedah.
“Kes kematian itu membabitkan 64 warganegara dan lapan bukan warganegara.
“Korban termuda berusia 29 tahun manakala paling tua berusia 90 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti, Lupus, kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang, obesiti dan strok,” katanya.