
Beliau berkata, sidang yang akan dibuat secara bersemuka itu juga telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam.
“Kita telah minta Unit Dewan menghantar notis dan warta bagi memastikan perjalanan (sidang DUN) dapat kita jalankan,” katanya kepada pemberita.
Kali terakhir DUN negeri ini bersidang ialah pada 3 Dis 2020.
Pada 18 Jun lepas, Aminuddin berkata kerajaan negeri bersedia mengadakan sidang DUN setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melalui Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Sementara itu, mengenai SOP pelaksanaan ibadah korban bersempena sambutan Aidiladha bulan depan, beliau berkata, perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz.