Lagi senarai bantuan kempen bendera putih

Lagi senarai bantuan kempen bendera putih

FMT senaraikan lagi beberapa nama kumpulan dan individu yang memberikan bantuan makanan kepada mereka memerlukan.

PETALING JAYA:
Kempen ‘#BenderaPutih’ adalah inisiatif komuniti bagi membantu mereka yang terdesak dan memerlukan makanan serta bantuan lain ketika berdepan krisis ekonomi dan kesihatan ekoran pandemik Covid-19.

Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran atau masalah kewangan untuk mendapatkan bantuan tanpa rasa takut dan malu dengan mengibarkan bendera berwarna putih di hadapan rumah sebagai isyarat mereka memerlukan bantuan segera.

Senarai di bawah adalah tambahan kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:

1) FoodBank.Digital

Program ini sehingga kini hanya terbuka kepada keluarga di Semenanjung dan setiap isi rumah boleh memohon sekali dalam sebulan.

Individu boleh membuat permohonan untuk diri mereka atau orang lain dengan mengisi maklumat penerima secara tepat di pautan ini. Barangan makanan akan dihantar dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Maklumat lanjut boleh tekan di sini.

2) Órale’s Essentials Bank

Órale, sebuah restoran di pusat bandar Damansara, melancarkan bank makanan #OraleQuesa buat mereka yang memerlukan. Singgah di restoran berkenaan jika anda memerlukan bantuan. Untuk maklumat lanjut boleh layari Twitter @ushardaniele.

3) #OpsHarapan2.1

Organisasi ini dikendalikan oleh sukarelawan yang menyasarkan bantuan kepada 2,000 keluarga dalam kalangan miskin bandar di Kuala Lumpur dan Selangor, selain turut menyediakan bantuan bersasar di Kelantan, Johor dan Pahang.

Sumbangan boleh dibuat kepada Kelab #OpsHarapan melalui akaun CIMB Bank 800 903 6921.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian: 013-9201881 (CW) atau 012-3860514 (Christine)

4) Hanya’s Food Bank

Hanya ialah syarikat pakaian yang menyediakan bank makanan bagi membantu mereka yang memerlukan di Kedah. Bank makanan berkenaan terletak di Petronas Jalan Tanjung Bendahara.

Dengan setiap pembelian kotak RM50, Hanya akan memadankannya dengan kotak lain untuk disumbangkan kepada bank makanan terbabit. Setiap kotak makanan mengandungi barangan keperluan seperti makanan dan topeng muka.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Instagram @shophanya

5) HungerHurts Malaysia

HungerHurts Malaysia adalah organisasi belia yang ditubuhkan bertujuan membasmi kemiskinan di Asia Tenggara.

Bantuan Covid HungerHurts dilancarkan sebagai reaksi kepada gerakan bendera putih dengan menjawab panggilan kecemasan daripada individu dan keluarga di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Organisasi ini menerima maklum balas 300 permohonan dalam tempoh dua hari apabila memulakan kempen bantuan Covid secara dalam talian. Permohonan kini ditutup untuk sementara waktu bagi memproses permohonan sedia ada dan memastikan bantuan yang diperlukan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Twitter @HungerHurtsMY

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.