Nasihat jangan berpolitik perlu ditujukan kepada semua ahli politik, kata PKR

Nasihat jangan berpolitik perlu ditujukan kepada semua ahli politik, kata PKR

Nasihat itu perlu ditujukan kepada semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang agar tidak terlalu taksub politiking.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim nasihat itu perlu ditujukan kepada semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin PKR bersetuju dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang menggesa semua pihak khususnya ahli politik berhenti bermain politik.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata nasihat itu perlu ditujukan kepada semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang agar tidak terlalu taksub dengan politiking.

“Semua pihak perlu tumpu kepada usaha membantu rakyat dan usaha memerangi pandemik Covid-19.

“Selain usaha membantu rakyat dan menghapuskan ancaman Covid-19, kita tidak boleh lupa dan tidak boleh ketepikan isu ‘governance’ atau tatakelola kerajaan dan kedudukan negara dalam menangani pelbagai krisis sekarang seperti ekonomi, sosial, ketakstabilan politik, selain isu kesihatan awam pandemik Covid-19,” katanya kepada FMT.

Semalam, Ismail berkata semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama untuk memerangi pandemik walaupun dalam keadaan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi.

Ismail berkata, ketika ini fokus mestilah membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan dan dalam masa yang sama strategi untuk menentang Covid-19 ini perlu juga disokong oleh semua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.