
CITF dalam kenyataan hari ini berkata, ia bagi membolehkan perancangan inisiatif itu dimuktamadkan, seperti urusan logistik serta penghantaran bekalan stok vaksin di semua pusat pemberian vaksin (PPV).
“Sama penting ialah merancang susunan waktu inisiatif “walk-in” ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi.
“Oleh itu, orang ramai berusia 60 tahun ke atas bersama pengiring mereka yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi diminta untuk tidak hadir ke mana-mana PPV esok sehingga maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Adham Baba mengumumkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas di Selangor dan Kuala Lumpur boleh mendapatkan vaksin secara jumpa terus.
Adham berkata, inisiatif itu akan dikembangkan ke negeri lain kerana ada lagi data menunjukkan mereka berumur 60 ke atas masih belum dapatkan vaksin.