
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, ini selepas lebih banyak sampel ujian diterima semula.
Menurutnya, 287 kes atau 44.4% adalah daripada kluster sedia ada manakala 220 (34%) daripada saringan kontak rapat.
“Kota Kinabalu merekodkan 312 kes dengan 204 dari Penjara Kapayan, 78 di Tawau (58 daripada saringan kontak rapat), 39 di Keningau, Kudat (35), Sandakan (33), Sipitang (25), dan Beaufort (24),” katanya di Twitter.
Ini bererti kes kumulatif di negeri itu, yang merekodkan 326 jangkitan baharu semalam, meningkat hampir 75,000.
Jumlah kes melebihi 300 sejak dua hari lalu susulan pihak berkuasa meningkatkan aktiviti saringan dalam komuniti serta kluster sedia ada.