
Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,756 kilang, 16,010 premis perniagaan, 776 tapak pembinaan dan 256 asrama penempatan pekerja.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini Ismail turut memaklumkan lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 25 Julai hingga 7 Ogos seperti berikut:
- Kampung Kolam, Kudat, Sabah.
- Enam Lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah.
- Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama, WP Kuala Lumpur.
- Taman Sabana Fasa 1, Keningau, Sabah.
- Kampung Berhala Darat & Kampung Melayu Bumiputra, Sandakan, Sabah.
- Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama, Papar, Sabah.
- Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 & 2, Dalat, Mukah, Sarawak.
Penamatan PKPD pada 24 Julai seperti dijadualkan:
- Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
- Blok 11 & 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah.
Berhubung Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis, Ismail berkata semalam, seramai 577 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
“Daripada jumlah itu, seramai 542 individu dikompaun manakala 35 lagi direman,” katanya.