PKPD di 28 lokaliti di 5 negeri mulai Selasa

PKPD di 28 lokaliti di 5 negeri mulai Selasa

Ia membabitkan lokaliti di Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Sabah.

Sebanyak 28 lokaliti dikenakan PKPD selama dua minggu sehingga 9 Ogos ini.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 28 lokaliti di Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Sabah mulai 27 Julai hingga 9 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, 14 daripada lokaliti itu terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Kelantan

  • Pekan Selising, Kampung Selising, Kampung Tok Dir, Kampung Pak Omar, Kampung Bukit Bidang dan Kampung Bukit Merbau di Mukim Bukit Jawa.
  • Kampung Berangan, Kampung Banggol Pak Esah, Kampung Alor Geliong, Kampung Kubang Sawa, Kampung Lubuk Kedondong, Kampung Chat dan Kampung Banggol Dollah di Mukim Bukit Abal.

Perak

  • Kampung Sg Seputeh, Kampung Teluk Mas, Kampung Garok dan Kampung Tapah di Mukim Ulu Selama, daerah Larut, Matang dan Selama.

Terengganu

  • Kampung Teluk Menara di Mukim Manir, Kuala Terengganu.

Kedah

  • Kampung Bukit Malut di Pulau Langkawi.

Sabah

  • Kampung Mananam di Tongod, Taman Semarak Megah di Tawau, Kampung Sangkabok di Menumbok, Ladang Belian di Kalabakan; Kampung Pelakat dan Kampung Pelakat Paya di Sipitang, Kampung Sumaang di Ranau, Kampung Batandok dan Kampung Menanjung di Beaufort.

Ismail berkata, PKPD di Kampung Gong Jering di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan dilanjutkan sehingga 9 Ogos ini.

Katanya, PKPD di beberapa kawasan di sabah akan ditamatkan esok, ia membabitkan Kampung Nahaba di Kota Belud, Jalan Pasir Likas, Taman Kuala Menggatal, Kuarters Tangki Air Biru di Telipok, Borneo Timber di Tongod, Kampung Tebongon di Putatan, Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort.

Beliau berkata, PKPD di Pangsapuri Damai di PJS 8, Damansara, Petaling pula ditamatkan hari ini, lebih awal daripada jadual.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 482 orang ditahan mengingkari SOP semalam, dengan 457 daripadanya dikompaun, 11 direman dan baki 14 lagi dijamin.

Katanya, lapan pendatang asing tanpa izin ditahan dan dua kenderaan dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Sebanyak 49 premis membabitkan kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.