MOSTI sedia beri penerangan kepada PAC hingga tamat PICK

MOSTI sedia beri penerangan kepada PAC hingga tamat PICK

Dalam mesyuarat prosiding PAC pagi tadi, MOSTI memberi penerangan tentang perkembangan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan butiran perbelanjaan bagi pelaksanaannya.

MOSTI dalam satu kenyataan memaklumkan bersedia untuk memberikan penerangan berterusan kepada PAC sehingga tamat pelaksanaan PICK. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited memberikan penerangan berterusan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sehingga tamat pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam satu kenyataan, MOSTI berkata, pihaknya menghadiri mesyuarat prosiding PAC pagi tadi berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya kepada rakyat negara ini.

“Pada prosiding tadi, MOSTI memberi penerangan tentang perkembangan pelaksanaan PICK dan butiran perbelanjaan bagi pelaksanaannya.

“MOSTI bersedia untuk memberikan penerangan berterusan kepada PAC sehingga tamat pelaksanaan PICK,” menurut kenyataan itu.

Prosiding selama kira-kira tiga jam berkenaan dipengerusikan oleh Wong Kah Woh serta dihadiri oleh ahli jawatankuasa tersebut manakala MOSTI diketuai Menteri Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha, Siti Hamisah Tapsir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.