35 kluster baharu, 20 babitkan komuniti

35 kluster baharu, 20 babitkan komuniti

Sebanyak 14 melibatkan tempat kerja dan satu keagamaan.

Terdapat 1,161 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 35 lagi kluster baharu Covid-19, dengan 20 daripadanya membabitkan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 14 daripadanya melibatkan tempat kerja dan satu membabitkan keagamaan.

Katanya, kluster itu dikesan di Kelantan, Sarawak, Perak, Sabah, Selangor, Terengganu, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, 13 daripada kluster itu dikesan di Kelantan, tujuh di Selangor, lima di Perak dan empat di Sarawak.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Kampung Morak Palekbang (Tumpat) dengan 34 kes.
  • Kluster Kampung Belimbing Jeli (Jeli) dengan 24 kes.
  • Kluster Kampung Seligi (Pasir Puteh) dengan 21 kes.
  • Kluster Kampung Kebakat (Tumpat) dengan 21 kes.
  • Kluster Kampung Baru Pupoh Selising (Pasir Puteh) dengan 20 kes.
  • Kluster Kampung Changgong Melawi (Bachok) dengan 14 kes.
  • Kluster Kampung Teratak Pulai Gunong (Bachok) dengan 12 kes.
  • Kluster Jalan Belakang Kompleks Sekolah (Kota Bharu) dengan 12 kes.
  • Kluster Kampung Nelayan Tok Bali (Pasir Puteh) dengan 11 kes.
  • Kluster Kampung Bintawa Hilir (Kuching) dengan 159 kes.
  • Kluster Kampung Bunuk (Kuching) dengan 47 kes.
  • Kluster Kampung Bintawa Tengah (Kuching) dengan 30 kes.
  • Kluster Kampung Haji Baki (Kuching) dengan 16 kes.
  • Kluster Kampung Belum Baru (Hulu Perak) dengan 54 kes.
  • Kluster Kampung Bersia Lama (Hulu Perak) dengan 46 kes.
  • Kluster Samak Melintang (Hilir Perak) dengan 14 kes.
  • Kluster Taman Pelangi Langkap (Hilir Perak) dengan 14 kes.
  • Kluster Tempasuk Kota Belud (Kota Belud) dengan 29 kes.
  • Kluster Ulu Tamu (Hulu Selangor) dengan 15 kes.
  • Kluster Kampung Tanah Lot Merchang (Marang) dengan 43 kes.
  • Kluster Industri Batu Tujuh Perepat (Klang) dengan 106 kes.
  • Kluster Industri Jalan Sungai Buaya (Hulu Selangor) dengan 99 kes.
  • Kluster Jalan Dato Yussof (Klang) dengan 58 kes.
  • Kluster Jalan Dengkil (Sepang) dengan 26 kes.
  • Kluster Industri Jalan Tungsten (Sepang) dengan 22 kes.
  • Kluster Tapak Bina Tanjung 2 (Kuala Langat, Klang dan Petaling) dengan 33 kes.
  • Kluster Kampung Pak Jah (Tumpat) dengan 31 kes.
  • Kluster Industri Jeli (Jeli) dengan 19 kes.
  • Kluster Jalan Pasir Mas – Salor (Kota Bharu, Machang dan Tumpat) dengan 16 kes.
  • Kluster Mutiara Kesang (Tangkak) dengan 23 kes.
  • Kluster Jalan Chee Chein Kiang (Muar) dengan 12 kes.
  • Kluster Industri Taman Tasik Utama (Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah) dengan 63 kes.
  • Kluster Tapak Bina Fair Park (Kinta) dengan 118 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Jalil Satu (Lembah Pantai) dengan 111 kes.
  • Kluster Kampung Lubok Kawah (Pasir Mas) dengan 11 kes.

Hisham berkata, sebanyak 3,796 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,161 daripadanya kluster aktif dan 2,635 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.