
Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kejadian pada 7 malam Khamis lalu itu berpunca daripada suspek berusia 60 tahun mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
“Suspek turut mengugut mahu membunuh isterinya, sebelum menumbuk bahagian pinggang kiri mangsa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang berusia 48 tahun mengadu sakit di bahagian pinggang kiri dan tidak mampu berjalan semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort.
Susulan itu, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Beaufort untuk dirawat.
Zaki berkata, mangsa mendakwa kejadian sedemikian bukan pertama kali berlaku.
“Keterangan lanjut akan diambil selepas mangsa dibenarkan keluar dari hospital.
“Siasatan menjurus kepada kes ugutan jenayah dan mendatang kecederaan membabitkan keganasan rumah tangga.”