
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini berkata, beberapa lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan juga terlibat dalam pelaksanaan PKPD.
Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD:
Pelaksanaan PKPD bermula 11 hingga 24 Ogos adalah seperti berikut:
Perak
- Mukim Chendering, melibatkan satu lokaliti di Kg Orang Asli (OA) Sg Lah
- Mukim Bidor melibatkan dua lokaliti di Kg Senta, Kg Chang dan Kg Sanding
- Mukim Sungkai melibatkan satu lokaliti di Kg OA Menderang
- Mukim Batang Padang melibatkan 18 lokaliti di Kg OA Batu 6, Kg OA Batu 14, Kg OA Batu 16, Kg OA Batu 17, Kg OA Batu 18 dan Kg OA Batu 19, Kg Kenderong, Kg Sg Rensa, Kg Sg Chendon, Kg Sg Odak, Kg Ampangan, Kg Pos Woh dan Kg OA Batu 7 & Batu 7 1⁄2, Kg Sg Bot Dalam, Kg Sg Bot Luar, Kg Sg Tidong, Kg Lubuk Gaharu dan Kg Woh Intake.
- Taman Meru 2B, Kinta,
Sabah
- Dua lokaliti di Tawau melibatkan PPR Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan
- Kem 2 Tolokoson, Tenom
- Kampung Kota Tuaran, Tuaran
- Kampung Sarikan, Nabawan
Kelantan
- Taman Sri Bayu, Tumpat
Pelanjutan PKPD pada 11 hingga 17 dan 24 Ogos
- Sg Klau dan Sg Chalit, Raub, Pahang
- Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah
- Tapak Bina IBN Highland, Genting Highlands, Bentong, Pahang
Penamatan PKPD pada 9 dan 10 Ogos
Pahang
- Kampung Pagar Batu 6, Penjom
Kelantan
- Kampung Telaga Tujoh, Labok, Machang,
Johor
- FELDA Maokil, Muar
Sabah
- Kampung Mananam, Tongod,
- Kampung Kauran, Keningau
- Perumahan Ladang Pontian Kuril, Kinabatangan
- Kampung Mostyn Lama, Kunak
- Kampung Tawadakan, Kota Belud
- Kampung Madsiang, Penampang
- Tiga perkampungan di Sipitang melibatkan Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih Sipitang
- Kawasan Sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau melibatkan Kampung Patikang Ulu, Kilang & Kuarters Focus, Lumber, Kilang & Kuarters Veracity, Kilang & Kuarters Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA dan Penempatan Warga Indonesia
Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 281 kompaun dikeluarkan dan 25 lagi direman atas kesalahan ingkar SOP.
Katanya, 38 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Tambahnya, serama 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tujuh kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.