Ahli politik tidak lagi diberi tauliah ajar agama di masjid, surau di Selangor, kata MB

Ahli politik tidak lagi diberi tauliah ajar agama di masjid, surau di Selangor, kata MB

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat pihak jawatankuasa tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 6 April lalu.

Amirudin berkata, setakat ini seramai 31 ahli politik yang masih memegang tauliah mengajar agama dan ia sah sehingga tamat tempoh ditetapkan.
SHAH ALAM:
Individu berstatus ahli politik tidak akan diberi tauliah mengajar agama Islam di masjid dan surau di Selangor, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 6 April 2021.

“Individu berstatus ahli politik tidak akan diberi tauliah mengajar agama Islam di Selangor.

“MAIS pada 6 April telah memutuskan mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah mengajar dan masih berkuat kuasa adalah dikekalkan sehingga tamat tempoh sah tauliah dengan syarat individu terbabit menyampaikan ceramah tanpa menyentuh kepartian, mengaitkan individu tertentu, menyebar fitnah serta menjaga akhlak dan kemuliaan masjid dan surau,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Amirudin menjawab pertanyaan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PKR-Taman Medan) berhubung status ahli politik yang diberi tauliah mengajar agama.

Katanya, setakat ini seramai 31 ahli politik yang masih memegang tauliah mengajar agama dan sah sehingga tamat tempoh ditetapkan.

“Sebagaimana saya jelaskan bahawa tauliah tamat tempoh sehingga dua tahun atau setahun dari tarikh kelulusan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.