Ismail umum Jemaah Menteri, tiada TPM, lantik 4 menteri kanan

Ismail umum Jemaah Menteri, tiada TPM, lantik 4 menteri kanan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menamakan anggota Jemaah Menterinya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan Jemaah Menteri baharu yang disiarkan secara langsung hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menamakan anggota Jemaah Menterinya hari ini, termasuk empat menteri kanan.

Empat menteri kanan yang diumumkan ialah Hishammuddin Hussein (Umno), Mohamed Azmin Ali (Bersatu), Radzi Jidin (Bersatu), dan Fadillah Yusof (Gabungan Parti Sarawak).

Setakat pengumuman hari ini, tiada seorang wakil rakyat dinamakan sebagai timbalan perdana menteri. Perkembangan ini berlaku di sebalik spekulasi bahawa seorang pemimpin Bersatu akan dinamakan sebagai timbalannya.

Ismail mengangkat sumpah perdana menteri ke-9 Sabtu lalu.

Berikut anggota Jemaah Menteri dan portfolio masing-masing:

  1. Kewangan: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (senator)
  2. Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Mohamed Azmin Ali (Bersatu-PN)
  3. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (PBB-GPS)
  4. Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan (PAS-PN)
  5. Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu-PN)
  6. Pertanian dan Industri Makanan: Ronald Kiandee (Bersatu-PN)
  7. Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan: Nancy Shukri (PBB-GPS)
  8. Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno-BN)
  9. Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid (Umno-BN)
  10. Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Merican Naina Merican (Umno-BN)
  11. Sumber Manusia: Saravanan Murugan (MIC-BN)
  12. Kesihatan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno-BN)
  13. Pendidikan: Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu-PN)
  14. Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno-BN)
  15. Hal Ehwal Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin (Bersatu-PN)
  16. Hal Ehwal Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu-PN)
  17. Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno-BN)
  18. Kerja Raya: Fadillah Yusof (PBB-GPS)
  19. Pengangkutan: Wee Ka Siong (MCA-BN)
  20. Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno-BN)
  21. Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-PN)
  22. Sains, Teknologi, dan Inovasi: Adham Baba (Umno-BN)
  23. Wanita, Keluarga, dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu-PN)
  24. Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-PN)
  25. Perpaduan Negara: Halimah Mohamed Sadique (Umno-BN)
  26. Wilayah Persekutuan: Shahidan Kassim (Umno-BN)

Komposisi gabungan politik

  • BN: 12 (Umno 10; MCA 1; MIC 1)
  • PN: 10 (Bersatu 8; PAS 2)
  • GPS: 3 (PBB 3)
  • Senator tanpa parti: 1

Berikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan portfolio masing-masing:

  1. Ekonomi: Mustapa Mohamed (Bersatu-PN)
  2. Hal Ehwal Sabah dan Sarawak: Maximus Johnity Ongkili (PBS)
  3. Undang-undang: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-GPS)
  4. Hal Ehwal Agama: Idris Ahmad (PAS-PN)
  5. Tugas-tugas Khas: Abdul Latiff Ahmad (Bersatu-PN)

Komposisi gabungan politik

  • BN: 0
  • PN: 3 (Bersatu 2; PAS 1)
  • GPS: 1 (PBB 1)
  • PBS: 1

Berikut Timbalan Menteri dan portfolio masing-masing:

  1. Kewangan: Mohd Shahar Abdullah (Umno-BN) dan Yamani Hafez Musa (Bersatu-PN)
  2. Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Lim Ban Hong (senator-MCA)
  3. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Rosol Wahid (Bersatu-PN)
  4. Tenaga dan Sumber Asli: Ali Biju (Bersatu-PN)
  5. Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Wee Jeck Seng (MCA-BN) dan Willie Mongin (Bersatu-PN)
  6. Pertanian dan Industri Makanan: Ahmad Hamzah (Umno-BN) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-PN)
  7. Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan: Santhara Kumar Ramanaidu (Bersatu-PN)
  8. Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Muslimin Yahaya (Bersatu-PN)
  9. Pembangunan Luar Bandar: Abdul Rahman Mohamad (Umno-BN) dan Hasbi Habibollah (PBB-GPS)
  10. Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Ismail Abd Muttalib (Umno-BN)
  11. Sumber Manusia: Awang Hashim (PAS-PN)
  12. Kesihatan: Noor Azmi Ghazali (Bersatu-PN) dan Aaron Ago Dagang (PRS-GPS)
  13. Pendidikan: Mah Hang Soon (senator-MCA) dan Mohamad Alamin (Umno-BN)
  14. Pengajian Tinggi: Ahmad Masrizal Muhammad (senator-Umno)
  15. Hal Ehwal Dalam Negeri: Ismail Mohamed Said (Umno-BN) dan Jonathan Yasin (Bersatu-PN)
  16. Hal Ehwal Luar Negeri: Kamarudin Jaffar (Bersatu-PN)
  17. Pertahanan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu-PN)
  18. Kerja Raya: Arthur Joseph Kurup (PBRS-BN)
  19. Pengangkutan: Henry Sum Agong (PBB-GPS)
  20. Komunikasi dan Multimedia: Zahidi Zainul Abidin (Umno-BN)
  21. Alam Sekitar dan Air: Mansor Othman (Bersatu-PN)
  22. Sains, Teknologi, dan Inovasi: Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PAS-PN)
  23. Wanita, Keluarga, dan Masyarakat: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-PN)
  24. Belia dan Sukan: Ti Lian Ker (senator-MCA)
  25. Perpaduan Negara: Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-PN)
  26. Wilayah Persekutuan: Jalaluddin Alias (Umno-BN)

Komposisi gabungan politik

  • BN: 14 (Umno 9; MCA 4; PBRS 1)
  • PN: 16 (Bersatu 11; PAS 4)
  • GPS: 3 (PBB 2; PRS 1)

Berikut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan portfolio masing-masing:

1. Ekonomi: Eddin Syazlee Shith (Bersatu-PN)
2. Hal Ehwal Sabah dan Sarawak: Hanifah Hajar Taib (PBB-GPS)
3. Parlimen dan Undang-undang: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu-PN)
4. Hal Ehwal Agama: Ahmad Marzuk Shaary (PAS-PN)
5. Tugas-tugas Khas: Mastura Mohd Yazid (Umno-BN)

Komposisi gabungan politik

  • BN: 1 (Umno 1)
  • PN: 3 (Bersatu 2; PAS 1)
  • GPS: 1 (PBB 1)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.