19,268 kes Covid-19, 295 kematian

19,268 kes Covid-19, 295 kematian

Terdapat 265,713 kes aktif dengan 476 daripada 1,033 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 19,268 kes baharu Covid-19 dan 295 kematian, manakala 21,257 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,725,357 kes setakat ini, dengan 1,443,262 daripadanya kes pulih dan 16,382 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 265,713 kes aktif dengan 476 daripada 1,033 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,567 kes.

Ia diikuti Sabah (2,310), Johor (2,265), Kedah (2,084), Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308), Perak (1,144), Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395), Negeri Sembilan (269), Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (2).

Hisham berkata, terdapat 16 kes import dan 19,252 kes penularan tempatan membabitkan 16,662 warganegara serta 2,590 warga asing.

Katanya, 399 atau 2.1% daripada jumlah kes baharu itu adalah Kategori 3, 4 dan 5, manakala 18,869 kes (97.9%) lagi dalam Kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 14,664 kes (76.1%) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini tiada atau tidak lengkap
vaksinasi,” katanya dalam kenyataan.

Daripada 295 kematian itu, 261 ialah warganegara dan 34 warga asing, dengan semua kecuali 58 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 53 kes meninggal dunia di luar hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 81 kes, disusuli Johor (47), Sabah (42), Kedah (36), Pulau Pinang (23), Kuala Lumpur (13), Perak (12), Terengganu (11), Pahang (7), Kelantan (7), Negeri Sembilan (5), Sarawak (5), Melaka (5) dan Perlis (1).

Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.01 setakat semalam.

Sarawak mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.24, disusuli Perlis (1.20), Sabah (1.14), Pulau Pinang (1.10), Johor (1.07), Terengganu (1.07), Kelantan (1.05), Perak (1.05), Kedah (1.04), Pahang (0.98), Melaka (0.98), Selangor (0.94), Putrajaya (0.86), Kuala Lumpur (0.83) dan Negeri Sembilan (0.79).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.