Lelaki maut dalam kereta terbakar

Lelaki maut dalam kereta terbakar

Kebakaran membabitkan kereta jenis Ssangyong yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Sentosa dikejarkan ke lokasi. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas, melanggar sebuah lori serta penghadang jalan dan terbakar, dalam nahas di Kilometer 407, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Hulu Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.14 petang.

“Seramai lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Sentosa dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan kereta jenis Ssangyong yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah lori dan penghadang jalan di lokasi berkenaan.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta mangsa terbakar. Mangsa dikatakan tersepit di dalam kenderaan dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan selepas api dipadamkan. Setakat ini, identiti mangsa belum dapat dipastikan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.