
Hukuman itu dijatuhkan selepas Othman Abu Kasim, 31, dan Muhammad Husaini Ehsa, 36, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam, lapor Sinar Harian.
Nabilah juga mengarahkan kedua-dua tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa cuai dengan meninggalkan bahan letupan dalam milikan dengan tidak mematuhi jarak selamat bagi menghidarkan bahaya yang munasabah kepada nyawa manusia.
Perbuatan itu dilakukan di Majidee Corner, Jalan Bunga Kemboja Majidee, Kampung Sulaiman Menteri, Majidee di sini, kira-kira jam 8.20 malam, 23 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 286 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Othman dan Husaini diwakili peguam K Vijayan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif.
Media sebelum ini melaporan sebuah gerai menjual mercun dan bunga api di Kampung Dato Sulaiman Menteri terbakar hingga menyebabkan dua kenderaan turut terbakar.