6 lokaliti di Pahang, 2 di Sabah dikenakan PKPD

6 lokaliti di Pahang, 2 di Sabah dikenakan PKPD

Pelaksanaan PKPD berkenaan berkuatkuasa mulai 4 hingga 17 September.

PETALING JAYA:
Lapan lagi lokaliti iaitu enam di Pahang dan dua di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 4 hingga 17 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, PKPD itu dikenaan susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) di kawasan berkenaan.

Pelaksanaan PKPD berkenaan adalah seperti berikut:

Sabah

  • Dua lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Taman Keramat dan Angkasa Apartment
    Pahang
  • Tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh melibatkan Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong
  • Dua lokaliti di Kuantan membabitkan Penjara Penor dan Rumah Kongsi Pinggiran Goh
    Sempalit di Mukim Raub

Lanjutan PKPD hingga 17 September

  • Dua Perkampungan Orang Asli Pos Blau, Gua Musang, Kelantan melibatkan Kampung Batang dan Kampung Blau
  • Kompleks Penjara Bentong termasuk Kuarters, Bentong, Pahang

Penamatan PKPD pada 3 September

  • Kampung Pulau Penampang, Kota Kinabalu Sabah
  • Dua lokaliti di Tawau Sabah, babitkan Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik
  • Dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah melibatkan University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan
  • Dua Perumahan Ladang di Beluran, Sabah membabitkan Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan
  • Dua lokaliti di Telupit, Sabah iaitu Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus
  • Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Bentong, Pahang
  • Taman Nilam zon biru, Mukim, Kuah, Langkawi, Kedah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.