Suntikan vaksin remaja di Labuan, Lembah Klang selepas Sarawak, kata KJ

Suntikan vaksin remaja di Labuan, Lembah Klang selepas Sarawak, kata KJ

Kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak akan menerima suntikan vaksin mereka hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, remaja berumur 16 dan 17 tahun serta 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik akan diberikan suntikan vaksin Covid-19. (Gambar AFP)
KUALA LUMPUR:
Suntikan vaksin Covid-19 untuk remaja di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas program vaksinasi di Sarawak selesai, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi Covid-19 terhadap remaja.

“Vaksinasi remaja di Sarawak akan bermula hari ini, bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun serta berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

“Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer,” katanya di Twitter.

Kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak akan menerima suntikan vaksin mereka, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.