Bayi, budak 5 tahun antara 3 korban tanah runtuh di Penampang

Bayi, budak 5 tahun antara 3 korban tanah runtuh di Penampang

Selain dua mangsa yang meninggal dunia, empat lagi termasuk bayi berusia lapan bulan dan kanak-kanak berusia satu serta tiga tahun terselamat.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Forest Hill, Penampang mengakibatkan tiga terkorban termasuk seorang bayi, dan kanak-kanak berusia lima tahun. (Gambar Bomba)
KOTA KINABALU:
Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan bayi lapan bulan maut dalam kejadian tanah runtuh di kuarters pembinaan kondominium Forest Hill di Penampang, petang tadi.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, tiga lagi termasuk kanak-kanak berusia satu serta tiga tahun terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Salma Hamid, 25, Rosatima Asbirin, lima, dan Dayana Zulazmil, lapan bulan, manakala mangsa terselamat adalah Juliana Zulazmil, setahun, Norsirah Asbirin, tiga, dan Risdah Jabin, 22.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 3.57 petang yang memaklumkan berlaku tanah runtuh di kawasan berkenaan.

“Setibanya di lokasi terdapat dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Penampang Mohd Harus Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dilanda banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.